top of page

PENGHARGARAN

races.jpg

Pertamanya, kumpulan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Firdaus Ramli, kerana beliau telah memberi penerangan tentang tamadun dunia secara mendalam. Selain itu, beliau juga membimbing dan memberikan sokongan sepanjang pelajaran ini dan turut memberikan cadangan dan cadangkan kepada kami untuk melaksanakan projek ini.  

 

Kedua, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia modul ini. Pandemik covid-19 yang sedang berlaku tidak membenarkan kami untuk membuat kajian di tempat bangunan itu berada. Kami bersyukur kerana mendapat menyempurnakan tugasan ini dengan kelonggaran yang diberikan. Kelonggaran yang dimaksudkan adalah melaksanakan projek ini melalui pembelajaran atas talian. Di samping itu, kumpulan kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Taylor kerana memberikan kami peluang untuk mempelajari modul ini dan turut meningkatkan pengetahuan kami.

 

Kejayaan penyelesaian projek ini adalah kerana semangat kerjasama, toleransi dan usaha yang diberikan oleh ahli kumpulan ini iaitu Hui Zhi, Zhi Qing, Mardia, Caroline, Jia Min,  Yao Wei, Yenn Ee, Chi Ying, Yun San dan Jeremy. Pengalaman untuk menjalankan projek ini membukakan minda kami bertapa mustahaknya kerja sebagai satu kumpulan dan menggunakan setiap pandangan yang diberi. 

 

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman web kami serta menonton video yang dipaparkan. Komen yang diberikan amat kami menghargai. Kami berasa amat bangga dan bersyukur dapat berkongsi apa yang telah kami pelajari selama 10 minggu yang lalu. Semoga penonton-penonton menyukai video kami, dan harap semuanya selamat dan kekal sihat. 

M.S 3

© 2023 by Odam Lviran. Proudly created with Wix.com.

  • facebook-square
  • Flickr Black Square
  • Twitter Square
  • Pinterest Black Square
bottom of page