
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3123)
Sejarah
SEJARAH
Scroll Down
Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad dibina sejak tahun 1893 dan perletakan batu asas untuk pembinaan bangunan ini dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat pada waktu itu. Setelah beberapa tahun kerja-kerja pembinaan dijalankan, bangunan ini siap dibina pada 1897 bahawa seliaan Spooner sebagai Jurutera Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya. Terdapat beberapa peristiwa yang cukup bersejarah pernah berlaku di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Tempat ini merupakan tempat bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957, dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan serta dikibarkan. Bangunan Sultan Abdul Samad telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Bangunan ini dinamakan dengan ‘Sultan Abdul Samad’ kerana bangunan ini dibina semasa beliau memerintah Selangor (1857-1898).
Sultan Abdul Samad
(Sultan Selangor ke 4)
Bangunan Sultan Abdul Samad telah dilengkapkan dengan kos sebanyak $152,000 dan secara tidak langsung, ia adalah bangunan yang paling mahal di rantau ini pada waktu ia didirikan. Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824 dan tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan.


Kuil Chan See Shu Yuen
Pada abad ke-19 di Kuala Lumpur, orang Cina telah berkumpul di sana agar mendorong lebih banyak kelab ditubuhkan. Pada mulanya, kuil ini tergolong dalam organisasi darah keluarga Chen, dan didirikan oleh Chen Xiu Lian, Chen Xin Xi, Chen Chun dan Chen Zai Tian. Pada masa itu, Chen Xiu Lian menawarkan kolonial Inggeris untuk 7 lot kedai bersebelahan. Chen Xiu Lian, Chen Chun dan Chen Xin Xi menyumbangkan tanah itu kepada Persatuan Klan untuk membangun Kuil tersebut. Kuil ini memainkan peranan yang vital agar orang Cina dapat tolong-menolong antara satu sama lain kerana pada abad 19, mereka datang ke Selatan, tempat yang tidak dikenali di Nan Yang.